Cerekarama Along, Sabtu ini di TV3 (2015)

cover along cerekarama

Sinopsis cerekarama Along

Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan tiga beradik yatim piatu, Faiz (Daniel El Arash), Imran (Habiel Lutfillah), dan Mira (Edora Mitilda) dalam menghadapi dugaan kehidupan yang semakin berat. Kerana Faiz selaku Along kepada Imran dan Mira yang tidak bekerja, Faiz merasakan ada baiknya sekiranya adik-adiknya diambil menjadi anak angkat daripada terus hidup dalam keadaan papa kedana bersamanya.

Setelah mendaftarkan adik-adiknya di sebuah pusat kebajikan kanak-kanak, Imran diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang tiada anak, Taufiq dan Gayah (Fizz Fairuz dan Norkhiriah). Kehidupan Imran cumalah sederhana jika dibandingkan dengan adiknya, Mira. Pada waktu yang sama Imran diambil daripada Faiz, Mira juga diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang berada, Datuk Haris dan Datin Farida (Zulkifli Salleh dan Nureen)


Ibarat air dicincang tidak akan putus, sungguhpun Imran dan Mira menjalani kehidupan senang, mereka tetap mahu tinggal bersama Faiz. Sehinggakan satu tahap di mana mereka terlalu merindui antara satu sama lain, Faiz nekad membawa adik-adiknya lari dan merancang untuk hidup bertiga.

scene along

Pelbagai dugaan dilalui mereka, mereka berlapar, berpanas, dan berhujan. Namun, ketabahan dan kekuatan Faiz benar-benar teruji apabila mendapati suhu badan Mira meningkat dan Mira tidak sedarkan diri.

“Along, mana adik? Mana adik Long?
. . . Adik dah pergi . . .”

Tarikh: 26 Disember 2015, 9 malam
Pengarah: Khalid Nadzri
Terbitan: STR8 Films Sdn Bhd
Pelakon: Daniel El Arash, Habiel Lutfillah, Edora Mitilda, Fizz Fairuz, Norkhiriah Shapie, Zulkifli Salleh, dan Nureen.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar