Drama Isteri Vs Tunang, Astro Ria (2016)

Cover

Drama Isteri vs Tunang ini diaptasi dari novel karya Aesya Azahar. Diarahkan oleh Michael Ang, drama ini dibintangi pelakon-pelakon seperti Scha Al-Yahya, Hisyam Hamid, Sharifah Sakinah, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Sinopsis ringkas, Alana Sofea, gadis yang suka cakap lepas mencabar keegoan Zaim Azfar sehingga mereka berkahwin. Puas dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya, Amira Irdina.

Sinopsis versi Novel

Zaim mula mendekatinya. Wajahnya dibuat-buat tenang. Mereka saling menyarung cincin yang dibeli bersama-sama yang juga mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Setelah cincin disarung, Zaim memegang lembut dagu Alana dan sebuah ciuman dihadiahkan ke dahi wanita yang sudah pun sah menjadi isterinya itu.

“Told you I’m not afraid to marry you. Sekarang i dah sahut cabaran you, puas? Jangan sekali-kali cabar I lagi lepas ni, okey?” Bisik Zaim ke telinga Alana. Kemudian, dia mencium pipi Alana dan mengukir segaris senyuman tanda kemenangan.

“What?! You bela kucing? You tahu tak I tak boleh dengan kucing?” Alana bersuara laju. Dia tidak akan membenarkan Zaim terus membiarkan Charlie tinggal bersama mereka.

“Kenapa? You alergi kucing ke?” Soalan Zaim itu membuatkan Alana tergamam.
“Tak... I... takut...” balas Alana tersangkut-sangkut.
“Kalau macam tu, Charlie akan tetap tinggal dengan kita! Nak tak nak, you kena belajar terima dia. Lain la kalau you alah dengan bulu kucing, ada penyakit asma ke. Tu I boleh terima lagi. Tapi, if your excuse is that you’re just scared, then I think it’s time for you to get over with that fear.” Zaim memberi kata putus.

“Tak nak!” Alana menggeleng-gelengkan kepalanya. Seumur hidupnya, dia tidak pernah membelai kucing, apatah lagi tinggal sebumbung.

Kini, takkan dia harus menerima Charlie dalam hidupnya pula?
“I don’t care, jangan melawan cakap I. Kalau tak, I akan bawak Charlie keluar dari bilik tu dan letak dia atas riba you. Nak?” ugut Zaim.

Cover Novel

Baca Online novel Isteri vs Tunang disini!

Scene Zaim dan Alana nikah Ep5
Teaser Ep3
Scene menarik Ep1
Episod 1 hingga terkini

IVT1

IVT2

Saksikan tayangan ulangan drama Isteri vs Tunang di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar