Drama Janda Muslimah di TV2

Drama bersiri Janda Muslimah bersiaran di TV2 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 1.00 tengah hari. Lakonan Julia Ziegler, Intan Ladyana, Sharifah Nadia, Aqasha, Wan Raja, Fizz Fairuz dan Lana Nordin.


Sinopsis Janda Muslimah

Drama ini mengisahkan 3 sahabat yang berkawan rapat semenjak kecil hinggalah ke besar. Ketiga-tiganya pernah berkahwin, namun status mereka yang terkini bergelar janda. Meskipun bergelar janda, mereka sentiasa menutup aurat dan saling mengingatkan, menegur dan memberi nasihat antara satu sama lain.

Munawarah / Muna (Julia Ziegler) bercita-cita ingin menjadi usahawan dengan membuka butik pakaian. Dia ingin membuat perniagaan dalam talian. Jualan menerusi shopping online. Suami Muna telah lama meninggal dunia, demi kasihnya pada arwah suaminya, Muna sanggup memegang status janda solo dan tidak pernah jatuh cinta pada lelaki lain.

Maryam / Yam (Intan Ladyana) diceraikan suaminya kerana suaminya jatuh cinta pada janda kampung sebelah. Hal itu menyebabkan hati Yam hancur dan tidak mahu memberi peluang pada bekas suaminya untuk kembali. Azlan Mokhtar seringkali meminta Yam agar rujuk semula namun permintaan suaminya tidak diendahkan. Dia yang begitu obses pada bekas isterinya tidak dapat menerima kenyataan, dia sanggup membuat apa sahaja demi menarik perhatian bekas isterinya itu.

Latifah (Sharifah Nadia) pula diceraikan suaminya ketika hari ke 2 selepas majlis pernikahan mereka. Terjadinya salah faham ketika membincangan isu dara hingga menyebabkan bekas suaminya iaitu Jalil (Zull Edward) meninggalkan dirinya. Lebih menghancurkan hati Latifah, suaminya begitu bahagia berkahwin lain dengan isteri barunya (Yaya Maembong).

Keputusan Latifah untuk ke Kuala Lumpur telah menyebabkan Muna dan Yam turut ikut serta. Yam yang sebelum ini menjadi ustazah di sebuah sekolah sanggup meletak jawatan dan mencari peluang kerja baru di KL. Begitu juga dengan Muna, Muna ingin membuka perniagaannya di KL. Bermulanya kehidupan 3 sahabat bergelar Janda Muslimah ini di KL.

Hari pertama menjejak kaki di KL, Latifah terpaku melihat ketampanan Zahir (Aqasha). Zahir dan Latifah saling bertentangan mata. Wan (Wan Raja) adalah sahabat Zahir. Dia juga turut terpesona dengan keayuan Yam.

Muna membelek selendang dan buku yang diberikan oleh Mazlan (Qazeem Nor) sebelum keberangkatannya ke KL pada pagi itu. Ternyata Mazlan menaruh hati pada Munadalam diam. Muna menjadi serba salah apabila masih teringatkan suaminya yang telah meninggal itu. Adakah akan ada jodoh antara Muna dan Mazlan?

Bagaimana pula dengan kisah cinta sahabat karibnya? Adakah Yam dan Wan bakal memadu kasih? Adakah Zahir bakal bergelar suami Latifah ataupun Muna?


Episod 1 hingga terkini


 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar