Drama Sha dan Shah adaptasi novel di Astro Ria

cover promo sha

Sinopsis Sha dan Shah

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha aka Sha dan Fariz Ameerul aka Shah. Sejak kecil, mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan melanjutkan pelajarannya keluar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah "dijodohkan". Perkara yang membuatkan Sha dan Shah 'blur' buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkannya dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Shah Sha

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya perancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju.

Tetapi benarkah wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkah dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini dengan lelaki yang tidak dicintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidpnya terikat sekiranya berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasangan-pasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri?

Tarikh: 4 Januari 2016, setiap Isnin hingga Khamis 10 malam di Astro Ria
Drama sebelum: Tersuka Tanpa Sengaja
Pelakon:  Kamal Adli, Syatillah Melvin, Azwan Kombos, Nina Iskandar, Shima Anuar.

Lagu tema/OST: Hati-Hati - Amira Othman

Video promo minggu akhir
Promo Ep9-12
Bloopers Ep7
Bloopers Ep6
Bloopers Ep4 teaser Ep5
Bloopers Ep3 promo Ep4
Teaser Ep3 dan Bloopers Ep2
Opening video Sha dan Shah
Video promo Shah dan Shah
Episod 1 hingg terkini

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar