Gambar Kahwin Keith Foo dan Kim Raymond

Keith Foo dan pasangannya Kim Raymond yang juga merupakan pengurusnya selamat meraikan ikatan perkahwinan mereka dalam majlis minum teh bersama keluarga semalam.


Aktor yang menjadi pujaan ramai ini sebenarnya sudah berkahwin sejak tahun lalu lagi. Ianya diakui sendiri oleh Kim ketika hadir di set penggambaran yang menemani Keith untuk sesi penggambaran muka depan Majalah EH! isu bulan September lalu.

“Ya, kami dah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan saja. Semuanya dilakukan tahun lalu,” jelasnya kepada majalah tersebut. Selain itu, pasangan ini juga berkongsi perancangan mereka yang mahu mengadakan majlis resepsi pada hujung tahun ini di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan.

Gambar pasangan ini pada majlis keraian mereka berlangsung pada Isnin lepas. | Sumber Rotikaya













 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar