Gambar Kahwin Nad Zainal

Nad Zainal atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin, 25 sah bergelar isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin, jam 3 petang semalam dengan sekali lafaz.


Majlis berlangsung secara tertutup di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, di sini. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa Nad sendiri, Zainal Abidin Abu.


Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300. Bagaimanapun, butiran lain dirahsiakan pengantin atas permintaan keluarga. "Alhamdulillah semuanya berjalan seperti dirancang.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis," kata Nad yang ditemui BH Online sebentar tadi ketika berlangsungnya majlis resepsi di lokasi sama.

Pasangan berkenaan sudah tujuh tahun berkenalan, namun cinta berputik pada awal tahun ini. Kedua-duanya juga belum terfikir soal menimang cahaya mata dalam masa terdekat tetapi tidak menolak rezeki Allah. Mereka juga belum merancang destinasi untuk berbulan madu. | Sumber Bharian

Photo: Instagram Nad Zainal







Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar