Harga Naik Lagi, Perkara Yang Anda Perlu Tahu Menjelang 2016

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Menjelang 2016


- Subsidi Beras Nasional Super Tempatan dengan kadar hancur 15% (ST15/ S15) dimansuhkan (berkuatkuasa 31 Dis 2015) dgn harga RM23.00 berbanding harga selepas subsidi RM17.50.


- Pelupusan subsidi bil elektrik, yang dahulunya diperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk golongan miskin bagi bil elektrik yang berjumlah kurang dari RM20.

- Pelupusan subsidi minyak masak sebanyak RM950 juta yang pasti akan meningkatkan harga minyak masak (sawit). Kesannya sudah tentu amat besar ke atas harga makanan.

- 5 buah konsesi tol akan termasuk PLUS akan menaikkan harga tol setelah lanjutan MOU yang berakhir 2018.

- Perkhidmatan ERL dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan dinaikan dari RM35 kepada RM55.

- Kenaikan tambang LRT dan Monorail sebanyak 102% dan 40% (berkuatkuasa 2 Dis 2015).

- Kenaikan tambang KTM Komuter sebanyak 58%. Kenaikan bermula dengan RM0.04/km sehingga maksimum RM7.10/km (berkuatkuasa 2 Dis 2015).

- Pengurangan 95% peruntukan dlm Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWPM) daripada RM200j kpd RM10j.

- Pengurangan peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi yg menyaksikan belanjawan dikurangkan sebanyak RM2.4b kpd RM1.378b. Jangkaan yuran pengajian akan meningkat dan biasiswa akan dikurangkan atau dihapus.

Selamat menempuh Tahun 2016 yang mencabar guys! huhuhu. Kesian kepada rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar