Malam ini Juara Parodi Minggu Kelima - Pak Yus Dalam Kenangan

Juara Parodi minggu kelima yang bersiaran secara langsung pada malam ini akan digantikan dengan malam penghargaan (tribute) bagi menghormati pemergian pelawak popular, Pak Yus Jambu @ Yussry Edoo yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari Ahad lalu.


“Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah. Rancangan juga akan bermula dengan bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yang sangat kami sayangi.

Juara Parodi 2015

'Juara Parodi Pak Yus Dalam Kenangan' bakal menghimpunkan kesemua sepuluh kumpulan yang bertanding dalam program tersebut dan turut disertai rakan-rakan artis yang lain. Mereka akan menyampaikan persembahan khas bagi memperingati arwah Pak Yus yang telah lama mewarnai industri seni tanah air. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.

Tauke berkongsi kenagannya bersama Pak Yus
Video persembahan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar