Kepala Budak Dua Tahun Tersepit Jeriji Pagar Rumah

Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk melepaskan leher mangsa yang tersekat dijeriji tersebut dengan menggunakan alat spreader

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit akibat tersepit kepala di jeriji pagar pintu rumahnya di Kampung Padang Lepar, Kadok, Kelantan.


Dalam kejadian pada petang Khamis, kanak-kanak berkenaan, Nik Damia Husna Nik Ahmad tersepit ketika bermain berseorangan di jeriji pagar pintu utama rumahnya.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman, pihak bomba dihubungi selepas bapanya menyedari mangsa tersepit di jeriji berkenaan dan cubaan melepaskannya gagal.

Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk melepaskan leher mangsa yang tersekat di jeriji tersebut dengan menggunakan alat spreader. Kanak-kanak berkenaan bagaimanapun tidak alami sebarang kecederaan. | Sumber Awani

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar