Penyokong Selangor Mati Mengejut Semalam

Zainal Maudin, 60, yang datang dari Hulu Selangor untuk menyaksikan pasukan Selangor menentang lawan di gelanggang sendiri, disahkan mati mengejut ketika berada di perkarangan stadium, kira-kira jam 9 malam.

Keterujaan seorang penyokong pasukan Selangor untuk menonton perlawanan separuh akhir pasukan The Red Giants melawan Pahang di Stadium Shah Alam malam tadi, bertukar duka apabila beliau mengalami serangan jantung.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, yang mengesahkan kejadian itu berkata, keluarga mangsa sudah dimaklumkan manakala mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

"Bedah siasat dijalankan pagi ini, namun polis mengesyaki mangsa meninggal dunia kerana mengalami masalah jantung," katanya ketika dihubungi.

Ke Final
Gambar Hasriyasyah Sabudin

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar