Seiras Seirama program terbaru di Astro Ria

Peserta Seiras Seirama

Astro Ria akan memperkenalkan sebuah program realiti nyanyian terbaru berjudul Seiras Seirama. Menariknya program ini membawa peserta yang mempunyai penampilan, gaya dan vokal yang hampir sama dengan idola pujaan mereka.

Jelas Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, rancangan mencari penyanyi yang mempunyai persamaan dengan artis sedia ada bukanlah perkara baru dalam industri hiburan antarabangsa. Hal ini sudah mencari trend di seluruh dunia.

“Jika anda perasaan video yang menjadi viral di sosial media baru-baru ini adalah pencarian penyanyi yang menyerupai penyanyi antarabangsa, Adele. Jadi, ia bukan perkara baru dalam industri. Cuma yang menariknya dalam ‘Seiras Seirama’, beberapa selebriti dijemput utk menjadi juri dan mengkritik peserta yang mirip seperti mereka,” ujar Raqim.

Antara selebriti yang terlibat dalam program ini adalah Mas Idayu, Hafiz Suip, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Ella, Ziana Zain dan Faizal Tahir.

“Terdapat empat peserta yang dipilih bagi setiap artis ini. Dalam setiap episod, artis-artis ini perlu memilih seorang juara untuk bertanding di peringkat akhir,” jelas Raqim.


Sementara itu, Datuk Aznil Nawawi selaku pengacara program itu menambah, juri diberi peluang untuk berkongsi ilmu kepada peserta usai persembahan mereka bagi setiap episod.

“Juri-juri ini bukan setakat mengkritik, menilai dan memberi markah pada peserta. Tapi mereka turut berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada peserta-peserta yang mahu menjadi seperti mereka. Malah bagi juara setiap episod, mereka berpeluang menyanyi bersama idola mereka. Itu merupakan hadiah yang tidak ternilai yang tidak pernah mereka mimpikan,” kata Datuk Aznil.

Seiras Seirama akan mula menemui penonton bermula pada 20 Disember jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123). | Tonton extra

Senarai Artis Seiras Seirama

Episod 1 hingga terkini
Pentas Akhir SSeirama

1. Episod 1 (20/12/2015) - Jamal Abdillah
2. Episod 2 (27/12/2015) - Hafiz Suip | Video promo
3. Faizal Tahir (31/1/2016)
4. Ziana Zain (17/1/2016)
5. Mas Idayu
6. Misha Omar
7. Ella

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar