Seniawati Mariani Meninggal Dunia

Berita mengejutkan itu telah disampaikan ke pengetahuan umum oleh anaknya sendiri iaitu Melissa Saila melalui akaun media sosialnya.

Seniwati Mariani atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam tadi di kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur.

82 tahun

Allahyarhamah yang berusia 82 tahun merupakan kakak kepada biduanita negara Puan Sri Saloma.

Sebelum ini, Mariani pernah beberapa kali dirawat di pusat perubatan kerana mengalami kemerosotan kesihatan kerana usianya.

Dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura, Mariani merupakan antara seniwati yang masih terus melaksanakan tanggungjawab dan menunjukkan kecintaannya pada dunia seni lakon.

Bakatnya yang merentasi zaman menyaksikan sejarah kerjaya terlakar hebat dari era Studio Jalan Ampas hinggalah ke pelbagai produksi semasa.

Sepanjang hayatnya, Mariani pernah berkahwin sebanyak tiga kali.

Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Manakala dengan suami kedua iaitu H. M. Rohaizad, mereka mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, Syed Marhain, Syed Nazran dan Syed Hasnidan.

Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa.

salam takziah buat keluarga Allahyarhamah, Al Fatihah.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar