Siti Nurhaliza Keguguran?

Dalam status yang dimuat naik sekitar pukul 10 pagi tadi, Siti berkata dia redha dengan apa yang berlaku dan tetap bersyukur dengan anugerah yang dipinjamkan sementara buatnya.

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin membuat kenyataan terbuka mengenai kehamilannya sekaligus memberikan bayangan mengenai status terkini kandungannya itu.

Keguguran

Selepas 9 tahun membina mahligai bersama Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa, peminat dunia hiburan menerima khabar gembira mengenai kehamilan penyanyi nombor satu negara itu awal November lalu.

Biarpun tiada pengesahan daripada mulut Siti sendiri, namun beberapa akhbar dan portal media melaporkan pengakuan sumber-sumber terdekat dengan Siti untuk mengesahkan berita tersebut.

Namun hari ini semua spekulasi terjawab apabila penyanyi kesayangan ramai itu melakar satu status bergambar menerusi laman sosial Instagram @ctdk miliknya sekaligus menjawab setiap persoalan yang berlegar-legar di fikiran peminatnya selama ini.

"Ternyata Allah SWT hanya pinjamkan anugerah ini untuk seketika sahaja. Hanya sempat selama dua bulan saya kandungkan dan Khamis minggu lepas saya keguguran. Saya redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT telah memberikan saya jawapan di atas setiap doa. InsyaAllah ia permulaan untuk anugerah yang seterusnya," nukil penyanyi itu di akaun Instagramnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu turut teguh dengan pendiriannya selama ini tentang mengapa beliau mendiamkan diri ketika berita kehamilannya heboh diperkatakan.

"Ada sebabnya Siti enggan mengiyakan atau menafikan berita kehamilan tersebut. Usia kandungan pada waktu itu masih terlalu "fragile". Saya hanya menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan berita gembira itu, namun takdir Allah telah tertulis," ujarnya.

Tanpa menjelaskan secara terperinci mengenai berita sedih itu, Siti nyata tetap positif malah menyifatkan apa yang berlaku lebih mendekatkan dan meningkatkan keimanan dirinya kepada Allah SWT.

Biduanita muda itu juga tidak lupa mengucapkan terima kasih atas doa dan kata-kata semangat daripada suami, keluarga, peminat dan masyarakat buat dirinya.

"Siti yakin pada perancang terbaik dalam hidup Siti iaitu Allah SWT," ujarnya ringkas.
"Selepas habis berpantang, Siti akan menjalani jadual harian seperti biasa. Siti hanya ingin berehat buat masa sekarang. Saya pohon pengertian semua pihak bagi diberikan sedikit ruang untuk saya berehat sebelum mula bekerja seperti biasa." akhiri penyanyi itu.

Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa, melangsungkan penikahan pada 21 Ogos 2006. | Sumber Awani

Salam takziah buat Siti Nurhaliza..

Bismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni 😬😬 Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik🙈🙈dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah ...Wassalam..
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar