Pengharaman Vape di Johor berkuatkuasa 1 Januari 2016

Pada 29 November lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri ini bermula 1 Januari 2016.

Semua pengusaha vape akan menerima pekeliling rasmi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing berhubung pengharaman jualan vape, dalam tempoh tujuh hari.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi, berkata kerajaan Johor akan mengeluarkan arahan kepada lapan majlis daerah dan tujuh PBT di negeri ini dalam tempoh dua hari ini.

Katanya, ada PBT dan pihak majlis daerah yang sudah maklum berhubung pelaksanaan pengharaman jualan vape yang akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2016.

"Semua PBT akan mula menyerahkan pekeliling berhubung pengharaman itu dalam tempoh seminggu ini," katanya.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar