Tempias Taufan Melor diramal landa Sabah


Taufan Melor kini menghala ke arah barat dan menjangkakan akan berlaku hujan lebat di kawasan pantai, khususnya di Kudat, pantai barat dan pedalaman disebabkan tempiasnya pada 17 dan 18 Disember ini.

Sabah diramal menerima kesan tempias Taufan Melor yang membawa angin kencang dan hujan lebat serta boleh menyebabkan banjir kilat, khususnya di Kudat dan pantai barat negeri ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tusin, berkata tempias taufan berkenaan yang kini mendekati tengah Filipina diramal memberi kesan di ketiga-tiga kawasan pada Khamis dan Jumaat ini.


Katanya, selain angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan hujan lebat terutama di kawasan pantai, tempias taufan berkenaan turut menyebabkan laut bergelora dengan ketinggian mencapai 3.5 meter di Laut Sulu dan Laut China Selatan.

"Berikutan itu, kita meramalkan berlaku banjir di kawasan terbabit, namun cuma banjir kilat disebabkan hujan lebat dan bukan banjir musim tengkujuh akibat musim Monsun Timur Laut ketika ini," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi. | Sumber BHarian

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar