Teaser Filem Ada Apa Dengan Cinta 2, Tayangan April 2016

Menerusi teaser Ada Apa Dengan Cinta 2 ini, peminat mula tertanya-tanya apakah kesinambungan hubungan antara Cinta dan Rangga.

Anda Apa Cinta 2

Deklamasi puisi yang mengiringi teaser tersebut menarik perhatian ramai. Dan ramai mula meneka puisi tersebut adalah hasil nukilan M.Aan Mansyur pemuisi terkenal Indonesia.

Resah di dadamu
Dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini
Dipisah kata-kata
Begitu pula rindu
Lihat tanda tanya itu
Jurang antara kebodohan dan keinginanku
Memilikimu sekali lagi


Masih mengekalkan Nicolas Saputra dan Dian Sastrowardoyo sebagai teraju utama dan filem ini bakal menemui penonton pada April 2016.

Melly Goeslow komposer terkemuka dikatakan akan bersama membuat muzik filem yang dijangka menjadi fenomena sekali lagi.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar