Telemovie Suami Muda, Panggung Ahad TV1


Sinopsis telefilem Suami Muda

Kisahnya berlatarkan watak Alif, lepasan SPM bekerja sebagai penghantar pizza. Suatu hari, dia pergi menghantar pizza ke sebuah kondominium. Sampai sahaja di hadapan pintu rumah pelanggan tersebut, dia terdengar seperti ada orang bergaduh di dalam rumah. Alif membunyikan loceng beberapa kali, tetapi tiada orang yang menyahut dan keluar.

Lakonan Ifa Raziah, Dazrin Kamaruddin, Roy Azman dan Amyra Rosli.

Kemudian, Alif mendengar wanita meminta tolong dari dalam rumah. Alif segera membuka pintu dan melihat seorang lelaki, Zainal sedang memukul seorang perempuan, Maria. Alif cuba menghalang pergaduhan tersebut tetapi dia pula dipukul oleh Zainal. Maria mengambil pisau di dapur dan mengugut akan membunuh Zainal sekiranya dia tidak keluar dari rumah. Zainal yang takut terus meluru keluar dari rumah itu.


Alif cedera teruk dibahagian muka dan badan. Bajunya telah koyak rabak dan dipenuhi dengan darah. Maria segera merawat Alif dan membuka baju Alif untuk ditukarkan baju dengan baju lain. Tiba-tiba Maria mendengar orang memberi salam sambil bertalu-talu membunyikan loceng rumah. Maria pantas membuka pintu.

Namun, alangkah terkejutnya Maria apabila mendapati pihak JAIS yang datang. Kedatangan mereka turut disertai oleh Zainal. Mereka menuduh Maria dan Alif melakukan maksiat kerana dalam pada waktu tersebut Maria memakai baju tidur manakala Alif tidak berbaju.

Maria dan Alif di bawa ke balai polis untuk diambil tindakan. Pihak JAIS menyarankan supaya mereka berkahwin. Alif tidak bersetuju dengan saranan itu.Tetapi alangkah terkejutnya Alif kerana Maria setuju dengan pendapat tersebut. Maria memujuk Alif supaya berkahwin dengannya dan Alif akan diberi habuan yang banyak.

Maria juga telah menetapkan syarat bahawa mereka akan bercerai sejurus beberapa perkara selesai. Perkahwinan Maria dan Alif dilakukan kerana Maria tidak mahu diganggu oleh bekas suaminya Zainal yang seringkali memujuknya untuk rujuk semula perkahwinan mereka. Nenek Alif yang turut berada di situ meminta Alif bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Alif kemudiannya terpaksa akur. Beberapa hari kemudian mereka bernikah, dan tinggal bersama. Alif agak kekok tinggal bersama Maria, namun mereka berlagak seperti biasa. Pada satu hari Maria melihat Alif tengah solat di rumah, dan Maria meminta Alif mengajarnya dalam masa yang sama Maria juga mengajar Alif berbahasa Inggeris. Hubungan mereka semakin rapat sehingga mereka bersama di dalam bilik.

Pada satu hari anak Maria baru pulang dari luar negara datang ke rumah Maria dan alangkah terkejutnya Daniel apabila mendapat tahu dia mempunyai bapa tiri yang lebih muda darinya sehingga dia lari dari rumah dan berlakunya kemalangan, Kaki Daniel patah. Alif yang banyak menjaganya kerana Maria sibuk menguruskan kerja, sejak dari itu hubungan mereka semakin rapat dan Daniel terima kenyataan yang Alif adalah bapa tirinya.

Setelah beberapa bulan Maria mengalami muntah-muntah dan disahkan mengandung, Alif terpaksa ulang alik ke syarikat iklan milik Maria dan ke rumah untuk memgambil dokumen syarikat, dan secara tidak sengaja Alif telah membaik pulih satu story board sebuah iklan dan mendapat perhatian pelanggan Syarikat Maria.

Dalam masa yang sama, Alif mendapat tahu yang Zainal cuba merampas hak syarikat dari Maria. Alif cuba menyiasat dan melaporkan pada pihak berkuasa, dan Zainal tertangkap.

Telefilem RTM boleh ditonton di web catchup RTM myklik.rtm.gov.my/telefilem

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar