Video Promo Episod 19-22 Akulah Balqis


Sinopsis Episod 19 hingga 22 Akulah Balqis

Adi membohongi Balqis bahawa emak dan ayahnya masih di penjara cuma mereka meminta pihak surat khabar keluarkan gambar Balqis kerana surat yang dihantar ke rumah lama dipulangkan semula.

Balqis mencari ibu bapanya di rumah lama mereka namun, rumah itu sudah diduduki oleh orang lain. Namun Balqis tidak berputus asa. Adi dan Milda semakin runsing dengan kehilangan Balqis.

Balqis melilau mencari ibu bapanya tidak kira walau apa pun terjadi. Hinggalah dia menghubungi Maya. Balqis menumpang di rumah Maya dan meminta agar Maya membawa dia berjumpa dengan ibu bapanya.

Yamin dan Seri masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Balqis. Mereka masih berusaha dan akhirnya mereka pasrah dan berserah pada Allah, yang selama ini tidak pernah mereka lakukan itu.


 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar