2 Versi Samsung Galaxy S7

Galaxy S7 samsung

Samsung Electronics Co Ltd yang merupakan pengeluar telefon pintar terbesar dunia telah bercadang membuat pengeluaran awal kira-kira lima juta telefon pintar Galaxy S7 baru, demikian menurut laporan Electronic Times Korea Selatan hari ini.

Akhbar yang memetik sumber berkata, Samsung bercadang melancarkan dua versi telefon pintar baharu itu: versi skrin datar 5.2 inci dan versi skrin lengkung 5.5 inci yang akan dipanggil Galaxy S7 Edge.

Samsung bercadang mengeluarkan 3.3 juta peranti skrin datar itu dan sekitar 1.6 juta unit versi skrin lengkung Februari tahun depan. Jurucakap Samsung Electronics bagaimanapun enggan mengulas laporan berkenaan. | Sumber Reuters

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar