21 Plaza Tol Akan Melaksanakan Sistem Elektronik


Menjelang akhir tahun ini semua plaza tol di 21 lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik.

Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir Zainudin A Kadir, berkata langkah itu adalah inisiatif untuk menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang mudah dan selesa.

"Ia juga bagi membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar di setiap plaza tol yang terbabit dan ia selari dengan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan penggunaan sistem elektronik bagi kutipan tol," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, syarikat konsesi yang terbabit akan turut menawarkan beberapa insentif kepada pengguna termasuk menawarkan pengedaran kad Touch n Go secara percuma dan pemberian rebat. Sementara itu, katanya, pembayaran secara elektronik sepenuhnya itu tidak akan membabitkan pemberhentian khidmat jurutol.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar