Anjing Kunyah Duit RM2500

Di Beijing malang bagi seorang lelaki yang cuba menyorokkkan wang berjumlah 3,800 yuan (RM2,500) daripada isterinya di dalam kuilt apabila ia musnah dimamah anjing rakannya.

anjing makan duit

Anjing jenis golden retriever bernama Hali itu memakan wang itu ketika lelaki berkenaan sedang tidur di rumah mereka di Lushun, lapor Huanqiu.com.

Sebaik terjaga mereka melihat anjing itu di sisi mereka dengan wang nota 100 yuan berteraburan di kelilingnya. Isterinya terus bertanya dari mana datang wang itu menyebabkan lelaki terbabit terpaksa mengaku ia miliknya yang disorok di dalam selimut tebal di bilik tidur tetamu.

Dia tidak menyangka Hali yang dijaga sepanjang ketiadaan rakannya akan memakan wang itu. Bagaimanapun, isterinya tidak marah sebaliknya menganggap kejadian itu kelakar. | Sumber Agensi

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar