Drama Cinta Hati Abah di Slot Samarinda Di TV3

Drama terbaru Cinta Hati Abah di Slot Samarinda bermula pada 20 Januari 2016. Setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam.

Pelakon yang membintangi Cinta Hati Abah: Esma Daniel, Zara Zya, NonnyNadhirah, Sweet Farhana, Afiq Muiz, Ben Amir, Idris Khan, Laila Nasir

Sinopsis Cinta Hati Abah

Kisah seorang nelayan, Pak Salleh (Esma Daniel) yang kematian isteri, dikurniakan tiga orang cahaya mata, kesemuanya anak perempuan. Anak yang sulung, Baizura (Nonny Nadirah) merupakan pelajar pintar dan mempunyai masa depan yg cerah, juga menjadi harapan Pak Salleh untuk melihat Baizura ke menara gading.

Walaupun Baizura pelajar pintar, namun dia agak materialistik, bercinta dengan Marzuki (Afiq Muiz), anak kepada Tokey keropok, En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir). Anak kedua Pak Salleh, Intan (Zara Zya) juga pelajar cemerlang dan amat sayangkan ayahnya, serta adiknya, Zaharah (Nor Zara Sophia) serta lebih merendah diri berbanding kakaknya.

Anak bongsu Pak Salleh, Zaharah, di lakonkan oleh Zaharah (kecil lakonan Nor Zara Sophia) dan Zaharah (dewasa lakonan Sweet Farhana) juga anak yang pintar dan cemerlang, hingga dapat menyambung pengajian ke luar negara.

Maimon (Noralbaniah) merupakan adik sepupu kepada Pak Salleh, dan isteri kepada Yamin (Azman Jantan) , seorang yang mempertahankan keluarga Pak Salleh. Intan (Zara Zya) juga rapat dengan Ikmal (Idris Khan), anak kepada Cikgu Ramlah (Suzanne), yang sering mengambil berat tentang Intan.

Diselit dengan watak Mail (Hadi Nawawi) yang juga pekerja En. Jalil (Razak Ahmad) dan Che Gayah (Laila Nasir) yang akan memberi impak dalam kisah ini. Milah (Liza Zain) merupakan pemilik kedai makan, mempunyai seorang anak lelaki yang lurus bendul, Fikri (Ben Amir) sering membantu Intan dan menjaga Zaharah.

Jumlah episod: 20
Drama sebelum: Aku Pilih Kamu
Skrip: Zarihah Hassan
Pengarah: Azmi Hatta
Terbitan: Orangetree Production Sdn Bhd

Promo Episod 10-11
Episod 1 hingga terkini

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar