Drama Cinta Teruna Kimchi di Zehra TV3

Drama bersiri terbaru Cinta Teruna Kimchi akan mula bersiaran pada minggu hadapan, 28 Januari 2016. Juga berubah waktu siaran Zehra sekrang akan keudara setiap Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam.

Pelakon Cinta Teruna Kimchi: Nazim Othman, Johan As'ari, Risteena, Zulkifli Ismail, Kuza, Sheila Mambo.

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi

Drama ini mengisahkan ‘suratan di sebalik satu pencarian’ apabila Kang Ye Jun (Nazim Othman), mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia yang cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar.

Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya. Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan kisah yang sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya.

Berdasarkan foto itu dia yakin bahawa ayahnya berbangsa Melayu sama ada dari Indonesia atau Malaysia. Lantas dia beriya mendalami bahasa Indonesia-Malaysia serta mendalami Islam. Pada awalnya dia menyalahkan agama kerana itu mungkin di antara penyebab dia tidak bertemu ayahnya dari kecil lagi.

Malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan dia adalah anak luar nikah. Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan ‘Kimchi’. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran Kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga.

Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat tentang Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin (Johan As’ari) yang merupakan pembantu imam. Pertemuan itu membuka hatinya tentang ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih untuk menghabiskan pelajaran semesternya di Malaysia.

Di Malaysia Kang Ye Jun diselia di bawah Suraya (Risteena Munim) yang juga merupakan pensyarahnya. Dalam masa yang sama, Kang Ye Jun sekelas dengan Saidah (Niena Baharun) yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin.

Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya dari Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam segitiga cinta.

Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Manakala Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Dalam masa yang sama kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf (Rahim Jailani).

Promo Episod 13-15
Video promo Cinta Teruna Kimchi
Lagu tema: Asmara - Lagu Cinta

Episod 1 hingga terkini

Kimchi Cinta

+ comments + 2 comments

1 Februari 2016 4:10 PTG

terbaikkk!! jalan ceritaan cerita ni banyak tertumpukan kepada ajaran Islam bukan saja pasal korea.. ^^

7 Februari 2016 11:43 PG

TErtarik dgn realiti sbnr ttg jodoh... jodoh sbhgian dr takdir... boleh diubh mlaui doa, doa yg bgaimna? Krna doa jua sbhgian dr tkdir... ye, cerita ni islamik, ttg hidayh dan sbginy...(cinta, bkn hnya hrpn... cinta tp kepastian..... i love it!!! )

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar