Drama Menongkah Kasih di Slot Azalea TV9

Drama rantaian terbaru di Slot Azalea TV9 bertajuk Menongkah Kasih. Bermula pada 26 Januari 2016 dan bersiaran setiap Selasa hingga Jumaat pukul 8.30 malam.

Pelakon drama Menongkah Kasih: Ayda Jebat, Ana Dahlia, Aidil Aziz, Zarina Zainuddin dan Beego.

* Azalea akan bersiaran dahulu di TV9 dan akan menayangkan ulangannya Isnin hingga Khamis, jam 2 petang di TV3.

Sinopsis Menongkah Kasih

Drama ini mengisahkan sorang ibu tunggal iaitu Datin Rahmah (Zarina Zainuddin) sibuk mengembangkan perniagaan sehingga mengabaikan dua anaknya, Reffa (Ana Dahlia) dan Riyana (Ayda Jebat).

Dengan kesibukannya, Reffa dan Riyana berasakan mereka kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Meningkat dewasa, Reffa dan Riyana buat hal sendiri. Datin Rahmah kian dimamah usia dan mula menagih kasih sayang anak-anaknya.

Datin Rahmah berasa sunyi dari kasih sayang anak-anaknya, Reffa dan Riyana meskipun mereka tinggal serumah. Setiap pagi Datin akan bersarapan seorang diri. Biarpun Reffa bekerja di syarikatnya namun Reffa sangat jarang untuk pergi kerja bersama-sama Datin.

Riyana pula sering sahaja tersalah memilih rakan sejak dari zaman sekolah sehingga kini. Kadang kala Datin merasa cemburu dengan kehidupan pemandunya, Pak Mid. Biarpun anak-anak Pak Mid ke semuanya tinggal di asrama, namun mereka sentiasa berhubung dan bertanya khabar.

Datin menyalahkan dirinya kerana di usia mudanya, dia sering sibuk dengan kerja sehingga akhirnya menjarakkan kasih sayang anak-anak dengannya. Di usia tua ini, Datin berusaha mencari semula kasih sayang anak-anaknya itu.

Suatu hari ketika di pejabat, seorang demi seorang stafnya pulang dan Datin tinggal keseorangan di pejabat walaupun sudah menjelang senja. Ketika Datin Rahmah mahu pulang secara tiba-tiba dia merasa pening dan jatuh pitam di dalam bilik.

Video promo Menongkah Kasih
Episod 1 hingga akhir

Poster Menongkah Kasih

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar