Iskandar Zulkarnain anggap pujian itu racun

Iskandar Zulkarnain Zainuddin pemain perseorangan negara enggan mengambil kira kritikan dilemparkan sesetengah pihak yang melabelkannya jaguh kampung selepas beraksi cemerlang pada Grand Prix Emas (GP) Master Malaysia pada minggu lalu.

Iskandar Zulkarnain

Sebaliknya, Iskandar berkata, dia akan mengambil segala pandangan serta kritikan terhadapnya secara positif dalam usaha mempertingkatkan kariernya.

“Saya akan ambil semua nasihat dan tutup telinga saja terhadap segala kritikan itu.

“Bagi saya, pujian itu ‘racun’, yang kritik itu ‘ubat’.

“Apapun, saya mengaku tahap keyakinan diri semakin meningkat. Tapi pada masa sama perlu berwaspada kerana semua lawan kini pasti mahu menewaskan saya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar