Juara Parodi Akhir malam ini

Program Juara Parodi bakal melabuhkan tirainya malam ini selepas 12 minggu bersiaran.

Bersiaran secara langsung dari Teater Shah Alam, Selangor bermula jam 10 malam ini menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan serentak di Mustika HD (saluran 134) memilih kumpulan Kobis Pedas, Juri, Selamba Blur, Righthanded dan Abang Face untuk bertanding ke peringkat akhir sekali gus merebut hadiah wang tunai berjumlah RM300,000.


Opening - Nana dan Lan Kristal

Finalis Juara Parodi

1. Abang Face | P1 | P2
2. Kobis Pedas | P1 | P2
3. Righthanded | P1 | P2
4. Selamber Blur | P1 | P2
5. Juri | P1 | P2

Dalam tempoh 12 minggu, masing-masing menampilkan persembahan mantap, namun Kobis Pedas menjadi perhatian sejak ketiadaan salah seorang anggotanya Allahyarham Yussry Edoo atau Yus Jambu yang meninggal dunia pada 30 November lalu.

“Ini persembahan terakhir yang sempat disertai arwah Yus. Walaupun pada awal saya enggan meneruskannya, tetapi apabila memikirkan amanat arwah yang memulakan pertandingan ini serta sokongan orang ramai, saya tidak sangka Kobis Pedas berjaya ke peringkat akhir.

“Perasaan saya gembira, terharu dan juga bimbang. Tidak sangka kami berjaya sehingga ke peringkat akhir dan dalam masa sama bimbang jika tidak dapat memuaskan hati mereka yang menyokong.

“Andai kata kami bergelar juara, saya tidak lupa untuk mengagihkan bahagian arwah kerana itu memang hak dia,” kata­nya.

Tauke berkata, dia dan Misha ada perancangan seterusnya jika mereka berjaya dan segala-galanya diumumkan pada malam ini. Mengulas mengenai persiapan malam ini, Tauke berkata, banyak perkara diambil kira dan perlu diperbaiki.

“Sebagai seorang pelawak saya akan fokus pada bahagian lawak manakala Misha fokus pada bahagian nyanyian.

“Saya akan pastikan lawak kami sampaikan nanti sedap didengar walaupun bukan mudah untuk melakukan parodi,” katanya.

Sementara itu, Misha berkata, dia turut berdepan tekanan ketika berlatih untuk pentas akhir malam ini.

“Kami baru saja berjaya menyiapkan lirik pada awal pagi. Memang mencabar dan memberi tekanan buat saya dan Tauke.

“Apabila ada yang mengharapkan kami menang itu saya anggap sebagai pembakar semangat untuk melakukan yang terbaik.

“Tidak saya nafikan orang menyokong kerana Kobis Pedas dan bukan kerana saya mahupun Tauke,” katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar