Senarai kawasan gangguan bekalan air di KL dan Hulu Langat esok (29 Januari 2016)

Sebanyak 88 kawasan di ibu kota dan 163 kawasan di Hulu Langat dijangka mengalami tekanan air rendah dan gangguan bekalan air bermula 9 pagi Khamis hingga 2 pagi Jumaat ini.


Gangguan bekalan air di kawasan Hulu Langat

Bandar Mahkota Cheras
Taman Sekamat
Kompleks Mahkamah Kajang
Taman Jelok Impian
Kampung Baru Sungai Chua
Taman Koperasi Ceupacs
Prima Saujana
Sungai Ramal Dalam
Taman Pelangi Semenyih
Kajang Sentral
Taman Balakong Jaya
Bandar Tasik Kesuma
Taman Semenyih.

Gangguan bekalan air di kawasan KL

Taman Cheras Utama
Taman Pandan Perdana
Taman Saga
Taman Pandan Indah
Taman Maluri
Taman Koperasi Polis
Kampung Pandan Dalam
Kem PGA
Bandar Tun Razak
Taman Billion dan Alam Damai

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan di sini, ini berikutan usaha menambah baik kecekapan sistem rawatan air dan kerja pembaikan paip bocor di dalam Loji Rawatan Air Sungai Langat.

"Semasa kerja pembaikan paip bocor dijalankan, loji rawatan air ini akan terus beroperasi namun bekalan air akan mengalami penurunan sebanyak 60 peratus.

"Pengguna di kawasan yang terjejas dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan sepanjang tempoh itu," kata kenyataan itu hari ini.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang terlibat melalui aplikasi telefon pintar mySYABAS dan laman sesawang www.syabas.com.my | Sumber Bernama

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar