Konsert 5 Divo 13 Februari di Stadium Malawati Shah Alam

Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, konsert yang dianjurkan dengan sokongan Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia ini akan bermula pada pukul 8.30 malam. 5 Divo juga mendapat kerjasama dari pihak Era FM selaku radio rasmi, Budiey.com sebagai blogger rasmi, H Live (program tv rasmi) dan Ticket Pro (www.ticketpro.com.my) selaku tiket rasmi. Pihak Lol Entertainment dengan bangganya mengumumkan pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia selaku penaja utama serta Mastercard selaku kad kredit rasmi. Turut menjadi penaja konsert istimewa ini ialah Flexis Printing Shah Alam (percetakan rasmi), Dtandoor (makanan rasmi), Malaysia Airlines (penerbangan rasmi) dan Miracle Maria (pengangkutan rasmi).

Selain itu juga, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dengan berbesar hatinya menjadi penaja busana rasmi buat konsert yang akan didendangkan oleh 5 penyanyi terkenal yang sentiasa tampil segar dengan imej mereka. Manakala lokasi untuk sidang akhbar pertama ditaja oleh pihak The Kopisyop dan Restoran Qureshi sebagai lokasi sidang akhbar kedua.


Penyanyi: Hafiz, Hazama, Afgan, Judika, Taufik Batisah
Tarikh: 13 FEBRUARI 2016
Lokasi: Stadium Malawati, Shah Alam
Waktu: 8.30 malam

Pengarah Muzik: Dato’ Ramli MS

Tiket-tiket untuk Konsert 5 Divo ini boleh didapati di www.ticketpro.com.my bermula 28 Disember 2015. Selain itu pembelian tiket juga boleh didapatkan di rangkaian Rock Corner dan melalui talian HOTLINE +6017 6828038

Harga-harga tiket ialah seperti berikut:

Meet & greet/ VIP : RM 1188
(poster bertandatangan & T Shirt eksklusif)
Diamond : RM 988
Platinum : RM 888
Gold : RM 588
Silver : RM 388
Bronze : RM 188
Normal : RM 128

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar