Konsert Diraja Menjunjung Kasih perasmian Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan kepada penonton Konsert ‘Diraja Menjunjung Kasih’ sempena perasmian Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 24 Januari ini, pukul 9.30 malam di TV1.

Konsert Diraja

Diadakan di auditorium penuh warna warni, konsert diacarakan oleh Adibah Noor dan menampilkan beberapa artis terkemuka tanah air termasuk Datuk M.Nasir yang antaranya mendendangkan lagu 'Keroncong Untuk Ana', manakala Ning Baizura membawakan lagu berjudul 'Awan Yang Terpilu'.

Turut membuat persembahan adalah Noh Salleh yang sebelum ini dikenali sebagai Noh Hujan dengan lagunya 'Sang Penikam' dan 'Angin Kencang, sementara Alyah menyanyikan lagu popularnya 'Sesal Separuh Nyawa'.

Para artis itu diiringi orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM) terdiri daripada 36 pemuzik di bawah pimpinan Datuk Mokhzani Ismail dan Jimmy Ali.

Noh

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Konsert Diraja 'Menjunjung Kasih' yang berlangsung.

Turut berangkat ke konsert itu Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar