Konsert Dua Dekad Siti Nurhaliza pada 5 dan 6 Mac

Konsert percuma anjuran aplikasi muzik, Yonder Music Sdn Bhd itu diadakan khas buat peminatnya selama dua malam pada 5 dan 6 Mac depan di Dewan Plenari, KLCC, Kuala Lumpur.

“Konsert ini tidak ada dalam perancangan saya. Tambahan pula selepas keguguran tahun lalu, saya mengambil keputusan untuk berehat seketika.

2 Dekad Konsert

“Bagaimanapun, apabila Yonder Music menawarkan peluang ini, hati saya berbelah bahagi. Saya kemudian berbincang semula dengan suami. Jadi, saya tukar perancangan berehat selepas konsert,” katanya.

Menurut Siti, antara faktor dia menerima tawaran itu adalah kerana Yonder Music sudah kukuh dan dikenali di luar negara.

Malah, dia terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan termasuk Minggu Setiausaha.

Menariknya konsert itu, peminat yang ingin mendapatkan tiket perlu melanggan aplikasi muzik Yonder menerusi perkhidmatan Celcom.

Memandangkan kapasiti dewan terhad pada satu masa, hanya 6,000 peminat bertuah dapat menyaksikan Siti beraksi.

Siti dijangka menyanyikan 20 lagu sebagai simbolik dua dekad melakar nama sebagai penyanyi. Seperti biasa, konsert itu nanti bakal menampilkan penyanyi jemputan yang masih dalam perbincangan.

Berehat lima bulan

Menurut Siti, konsert itu adalah hadiah istimewa buat peminatnya sempena ulang tahun kelahirannya pada 11 Januari lalu, sekali gus konsert terakhirnya sebelum berehat selama lima bulan.

“Insya-Allah, selepas Aidilfitri saya akan aktif semula. Sepanjang berehat, saya mahu meluangkan masa bersama suami dan keluarga.

“Selain itu, saya merancang bercuti ke beberapa lokasi pilihan bersama suami dan kawan-kawan,” katanya.

Sambung Siti lagi, sepanjang tempoh itu dia cuba mencari masa merakamkan beberapa lagu bagi album terbaru.

“Untuk sesi rakaman di studio, ia tidak menjadi masalah. Cuma saya ingin berehat seketika daripada mengadakan persembahan pentas berskala besar.

“Insya-Allah, tahun ini saya akan tampil dengan album baru. Buat masa ini sudah ada dua lagu duet. Satu dari Indonesia bagi runut bunyi filem apabila saya bergandingan dengan Glen Fredly.

“Satu lagi lagu saya berduet dengan Malique. Namun, semuanya masih dalam proses perbincangan. Untuk lagu solo pula, belum ada lagi,” katanya. | Sumber HMetro

+ comments + 2 comments

26 Januari 2016 1:49 PTG

dh sign up Yonder apps then dah subscribe then mcm mana nak dptkan tiket tu?

26 Januari 2016 1:49 PTG

dh sign up Yonder apps then dah subscribe then mcm mana nak dptkan tiket tu?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar