Lumia 550 dan Nokia 230 Smartphone murah terbaru

Model terbaru smartphone Nokia, Lumia 550 dan Nokia 230 Dual SIM menawarkan harga murah dan mempunyai perisian terbaharu Microsoft, Windows 10. Lumia 550 dengan 4G LTE mempunyai perisian Windows 10 terkini, dan menawarkan yang terbaik daripada Microsoft kepada pengguna.

Lumia 550 dan Nokia 230 Dual SIM tersedia di pasaran bermula 15 Januari ini pada harga RM559 (termasuk GST) dan RM269 (termasuk GST) di semua kedai Microsoft Authorized Reseller.


Lumia 550 membolehkan anda menikmati Windows 10 pada skrin HD 4.7 yang kelihatan hebat walaupun dalam cahaya matahari yang terang. Ia juga mempunyai penyambungan internet 4G LTE berkelajuan tinggi digabungkan dengan kuasa pemproses teras Qualcomm Snapdragon Quad dan 1GB RAM.

Lumia 550 juga dilengkapi dengan aplikasi Microsoft Office, yang disesuaikan dengan saiz skrin anda supaya anda boleh menjadi lebih produktif kerana anda melihat, mencipta, dan mengedit dokumen di mana saja. Ia didatangkan dalam pilihan warna hitam dan putih berkilat.

Bagi Nokia 230 Dual SIM pula, ia mempunyai kamera depan 2 megapiksel dengan LED flash dan kekunci kamera pintas, membolehkan pengguna mengambil gambar dengan pantas sebelum berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga di media sosial - seperti dengan Facebook atau Twitter.

Telefon pintar dengan skrin 2.8 inci ini nampak kecil tetapi anda boleh mengakses kandungan web popular dengan Browser Opera Mini. Ia turut mempunyai simpanan kad memori sehingga 32GB. Selain itu, jangka hayat baterinya mampu bertahan sehingga 23 jam masa bercakap.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar