173 peluru dan 7 senjata api dijumpai di Tanduo, Lahad Datu semalam

7 senjata api dan 173 peluru hidup dijumpai oleh sepasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) ketika melakukan rondaan 'Ops Taring' di kawasan Tanduo di Felda Sahabat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata senjata api dan peluru tersebut ditemukan di dalam sebuah karung dalam keadaan tertanam dalam tanah pada 1 tengah hari.

Tanduo Sabah

Katanya jentera pengorek digunakan untuk mengeluarkan karung mengandungi lima pucuk pistol berserta tiga kelopak, dua laras M14 berserta dua kelopak, 173 butir peluru hidup dan satu gari.

"Anggota PGA dari Komtek Sahabat 16 dan Pos Tanjung Labian menemui senjata api dan peluru tersebut," katanya di sini, hari ini.

Hamzah berkata semua barang tersebut telah diserahkan ke Balai Polis Cenderawasih Felda Sahabat untuk tindakan. | Sumber Bernama

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar