Senarai Pemenang Anugerah Ballon d'Or dan FIFA FIFPro 2015

Lionel Messi, bintang Barcelona mencatat sejarah tersendiri selepas menggondol anugerah Ballon d'Or selaku Pemain Terbaik Dunia 2015 pada majlis yang berlangsung di Zurich, awal pagi tadi.

fifa award 2015

Penyerang Argentina itu mengetepikan pemenang tiga kali, Cristiano Ronaldo, selepas memenangi anugerah berprestij itu empat kali berturut-turut bermula 2009 hingga 2012.

"Ianya satu detik yang istimewa untuk memenangi anugerah ini sekali lagi, lebih-lebih lagi selepas dua tahun ia dimenangi Cristiano Ronaldo. "Menakjubkan kerana ini ialah anugerah kelima buat saya.

Saya tidak pernah mengimpikan untuk memenangi Ballon d'Or semasa saya kecil," kata pemain berusia 28 tahun itu. Messi mendapat 41 peratus undian manakala Ronaldo pula meraih 28 peratus sementara satu lagi calon yang disenarai pendek, Neymar pula sekadar memperoleh lapan peratus undian.

Senarai pemenang Ballon d'Or:

Pemain Lelaki Terbaik Dunia: Lionel Messi (Barcelona)
Pemain Wanita Terbaik Dunia: Carli Lloyd (Amerika Syarikat)
Jurulatih Lelaki Terbaik: Luis Enrique (Barcelona)
Jurulatih Wanita Terbaik: Jill Ellis (Amerika Syarikat)
Anugerah Puskas (Gol Tercantik): Wendelli Lira (Goianesia)
Anugerah Fair Play: Semua pasukan yang memberi sokongan kepada pelarian

Kesebelasan Terbaik Dunia FIFA FIFPro:

Penjaga gol: Manuel Neuer (Bayern Munich)
Pertahanan: Daniel Alvez (Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Thiago Silva (PSG), Marcelo (Real Madrid)
Pemain tengah: Luka Modric (Real Madrid), Andres Iniesta (Barcelona), Paul Pogba (Juventus)
Penyerang: Neymar (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Lionel Messi (Barcelona)

Sumber AFP

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar