Telemovie 3 Kali Sayang di Panggung Ahad TV1

Sinopsis 3 Kali Sayang

Telemovie ini berkisarkan tentang seorang lelaki iaitu Dato Kamil Al Quyyub. Orangnya sangat licik dalam menyusun strategi hidup agar di sayangi serta di kasihi penuh kepercayaan oleh isteri-isterinya.

Berbekalkan sebuah rumah banglo yang sederhana mewah, dia berusaha menjalani kehidupan seharian untuk membahagiakan isteri-isterinya walaupun pada hakikatnya dirinya dihimpit kesusahan untuk menyara diri yang situasi itu seringkali membuatkannya tertekan.

Tarikh: 31 Januari ini, pukul 10.30 pagi di TV1.
Pelakon: Raja Azrey, Sharifah Sahora, Vicha SayWho, Zenna Felicia, Yussham Raja Lawak, dan Fathil Dani.

3 kali syg

Maka terjadilah kekecohan apabila isteri-isteri yang disayangi dan dikahwini telah tinggal bersama di bawah satu bumbung. Pelbagai ragam dan karektor yang di miliki oleh isterinya tidak membebankan hidup Dato Kamil, malah dia berasa sangat gembira apabila berjaya mendekatkan isteri-isterinya di dalam satu bumbung.

Dengan bantuan pemandu sambilannya iaitu Beejay, Dato Kamil telah merangka satu projek baru demi membahagiakan isteri-isterinya. Namun begitu usahanya itu tidak di terima oleh mereka yang sentiasa mahukan perhatian lebih daripada suami mereka.

Bila Dato’ Kamil asyik jatuh cinta, maka bertambahlah ‘madu’ untuk isteri-isterinya itu. Apakah strategi yang dilakukan oleh Dato Kamil untuk membahagiakan mereka?

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar