Telemovie Bintang Hati di TV2 esok

Sinopsis Bintang Hati

Telemovie ini mengajak penonton berkenalan dengan watak Farhan dan Dian sudah bertunang. Tetapi mereka mengambil masa yang lama untuk berkahwin kerana Farhan terlalu taksub mahu mengejar cita-citanya. Farhan bercita-cita untuk dinaikkan pangkat sebelum berkahwin selepas mendapat keparcayaan Datuk Halim.

bintang hati

Konflik bermula bila muncul Nia anak tunggal Datuk Halim yang baru bekerja di pejabat bapanya. Nia mula menunjukkan tanda tertarik dengan Farhan. Sejak itu Nia sering mencari peluang untuk mendekati Farhan. Cubaan Nia mendekati Farhan berjaya apabila Farhan telah mula mengabaikan Dian.

Kemuncaknya semasa sambutan hari lahir Farhan. Dian dan Farhan ada mengadakan temujanji untuk berjumpa. Namun malangnya Farhan leka dan menyambutnya dengan Nia dan rakan pejabat yang lain. Dia terlupa langsung kepada Dian yang setia menanti kehadirannya untu meraikan hari lahirnya bersama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Dian yang kecewa kerana Farhan tidak datang, telah mengalami kemalangan dan parah di hospital. Farhan menyesal kerana kelalaiannya Dian kemalangan dan dia memohon maaf dengan Dian.

Lalu adakah permohonan maaf Farhan diterima oleh Dian atau sebaliknya? Bagaimana pula dengan Nia ternyata begitu menyayangi Farhan. Ikuti kesudahannya hanya di TV2.

Tarikh: 26 Januari 2016, 10 malam di slot Citra TV2
Lakonan: Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong dan Syatilla Melvin selain turut dibantu oleh Shaharuddin Tamby, Linda Helmi, Mustafa Kamal dan Aripah Damanhuri

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar