Video dan Gambar Trak Mack Sultan Johor

Warga bandar raya Johor Bahru membanjiri pekarangan Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene di sini bagi menyaksikan lebih dekat Trak Mack milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang diletakkan di situ sejak 7 malam hingga 9 malam tadi.

JDT Mack Truck


Keadaan itu menyebabkan jalan raya berhampiran sesak dengan kenderaan orang ramai. Tinjauan Harian Metro mendapati pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang bergambar dengan trak yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta itu.

Keadaan bagaimanapun terkawal dengan bantuan anggota polis trafik dan askar Timbalan Setia Negeri yang bertugas di sekitar Gerbang Mahkota. Terdahulu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut mencemar duli keluar ke pekarangan Gerbang Mahkota namun tidak menaiki trak berkenaan. | Sumber HMetro

Video Trak Mack Sultan Johor









 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar