500 ribu penipu di mudah.my

"Cara pembeli menipu penjual ialah dengan memalsukan resit pembayaran manakala penjual pula menipu menggunakan nama syarikat orang lain ketika menjual barangan tidak wujud," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hampir setengah juta pengiklan yang menggunakan portal web mudah.com untuk menjual barangan disenarai hitam sejak 2012 kerana penipuan dan salah guna laman itu.


Ketua Perhubungan Korporat mudah.com, Chung Tsung Shen berkata bukan sahaja penjual menipu, malah pembeli juga ada yang berbuat demikian, terutama dalam kes penjualan kenderaan dan barangan elektronik.

Beliau berkata sejak mudah.com beroperasi pada November 2007, laman web itu mengambil tindakan menyekat akaun penjual atau pengiklan yang dikesan menipu pengguna. Turut hadir Bendahari Kehormat Persatuan Penjual Kereta Terpakai Kuala Lumpur dan Selangor John Lee.

Sidang media itu diadakan bertujuan menjelaskan kes penipuan penjualan kenderaan yang dilaporkan di laman web berkenaan pada 11 Februari lalu, yang mendakwa dijual sebuah syarikat penjualan kereta terpakai menganggotai Persatuan Penjual Kereta Terpakai Kuala Lumpur dan Selangor.

"Syarikat kereta terpakai itu sudah membuat laporan polis berhubung penipuan jualan kereta menggunakan nama syarikatnya melalui mudah.com,” kata Lau. | Sumber HMetro

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar