Aaron Aziz hidap Pneumonia (Jangkitan Paru-Paru)

Aaron Aziz, 40, disahkan menghidap pneumonia atau jangkitan paru-paru selepas mengalami demam panas sejak Jumaat lalu. Menurut isterinya, Diyana Halik, 35, Aaron kini ditahan di hospital pada pagi Selasa.

aaron pneumonia

"Walaupun demam, suami masih meneruskan penggambaran. Kemudian dia menyambung satu lagi penggambaran di Singapura pada Ahad lalu.

"Selepas melihat keadaannya yang semakin teruk, saya membawanya berjumpa doktor di sana. Ketika itu suhu badannya mencecah 39 darjah Celsius. Jadi, kami terus pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Diyana, Aaron kini berada dalam keadaan stabil selepas diberikan antibiotik sejak dimasukkan ke hospital.

"Insya Allah, jika keadaan suami beransur pulih, dia dibenarkan keluar hari ini.

"Syukur juga apabila doktor mengesahkan suami bebas dari sebarang penyakit lain selepas menjalani ujian imbasan x-ray," katanya.

Diyana juga memberitahu Aaron terpaksa berehat selama beberapa hari dari menjalani penggambaran drama Tentang Hati 2. | HMetro

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar