Akim dan Stacy nikah Jumaat ini

Stacy mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya Akim Ahmad di Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat ini.

Menurut Stacy atau nama sebenarnya Ummu Syaikhah Stacy Anam, majlis itu diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di bandar raya itu pada jam 10 pagi membabitkan kedua belah keluarga.

Stacy

Menurut Stacy, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak saja.

“Doakan segalanya berjalan lancar," katanya.

Sebelum ini, Stacy dan Akim mengumumkan akan melangsungkan pernikahan pada awal bulan ini tanpa memaklumkan tarikhnya. Stacy berkata, majlis persandingan mereka akan diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.

Sementara itu, majlis bersanding di sebelah keluarga lelaki akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru yang turut menjemput peminat. | Sumber HMetro

+ comments + 2 comments

2 Februari 2016 6:51 PTG

Semoga pernikahan mereka berjalan dengan lancar insyaAllah, kami mendoakan yg terbaik buat Akim & Stacy & semoga pernikahan nanti akan kekal hingga ke Jannah. Aamiiiin Alamak nak minta hubby permission balik S`pore boleh singgah JB nak attend juga sebagai peminat Akim & Stacy.

2 Februari 2016 8:10 PTG

request cepat2 kak.. hehe takut hubby ada plan lain tu

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar