Aweera ada band baru

Aweera ingin menubuhkan sebuah kumpulan band baru yang menggunakan namanya. Lebih kurang seperti Azlan & Typewriter dan Akim & The Majistret.

"Saya sebenarnya lebih suka dengan band. Tak suka secara solo sebab feel dia tu lain apabila buat persembahan dengan band. Jadi sebab itulah, perancangan 2016, saya tubuhkan kumpulan band baru.

Aweera

"Lagu single sebelum ini, Terhakis dan lagu terbaru Egois Dramatik ciptaan saya sepenuhnya," ujar Aweera yang bakal tamat kontrak dengan Sony Music tidak berapa lama lagi.

"Kalau nak sambung kontrak, kena tengok dulu faedah-faedah yang saya dapat. Kalau ok akan sambung. Akan tengok dulu," ujar Aweera.

Aweera berkata demikian ketika di majlis perasmian drama bersiri Inikah Cinta. Melalui drama tersebut, Aweera membawakan watak sebagai pembantu.

"Ini kali pertama saya berlakon drama bersiri 14 episod dan membawakan watak komedi pula tu. Tak dinafikan susah untuk bawa watak komedi, 'kayu' tapi akan perbaiki.

"Ini merupakan satu pengalaman baru yang akan saya cuba dari masa ke masa. Apa yang boleh saya katakan, kesabaran itu sangat penting.

"Bayangkanlah, ada satu hari tu, saya ada 35 babak bermula dari jam 9 pagi hingga 3.30 pagi. Memang sangat mencabar fizikal dan mental," ujar Aweera yang kini bergelar pelakon.

Ditanya keutamaannya berlakon atau menyanyi, Aweera tetap memilih menyanyi | Sumber MediaHiburan

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar