Cara Mudah Memindahkan Gas Memasak Ke Tong Lain

“Mereka menggunakan cara lama dengan menyambungkan kedua-dua tong gas menggunakan hos sebelum meletakkan ais pada tong gas industri yang kosong. Gas akan bertindak balas secara semulajadi bergerak ke tong yang lebih sejuk.

tipu gas

Sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) subsidi dikesan menggunakan kaedah kuno dengan merendam silinder kosong di dalam ketulan ais untuk memindahkan gas dicuri.

Kegiatan itu dibongkar selepas sepasukan pegawai Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor menggempur sebuah premis haram di Kawasan Industri Mas Jaya, Cheras, di sini, pagi semalam.

Hasil serbuan bermula kira-kira jam 11 pagi itu, pihak KPDNKK menahan dua lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20 hingga 50-an.

Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Daerah Kajang Normaswari Nordin berkata, hasil serbuan menerusi Ops Gasak dilakukan dua pegawai dan empat anggota KPDNKK, pihaknya merampas 164 tong LPG kapasiti 14 kilogram dan 96 tong gas LPG berkapasiti 50 kilogram.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati sindiket itu memindahkan gas dari tong bersubsidi untuk kegunaan memasak ke tong bagi kegunaan industri sebelum dijual.

“Sudah lama kami tidak mengesan teknik sebegini berikutan kebanyakan kes yang kita temui sebelum ini menggunakan kaedah menyedut menggunakan mesin khas,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.

Normaswari berkata, hasil serbuan pihaknya merampas semua tong berkenaan yang dianggarkan bernilai RM50,000. | Sumber HMetro

Difahamkan, aktiviti sindiket ini mempunyai kaitan dengan kekurangan bekalan gas memasak di pasaran yang dibongkar Harian Metro sejak sebulan lalu.

“Selain itu, kami juga merampas sebuah lori yang digunakan untuk pengangkutan di premis itu. Empat lelaki yang mengaku sebagai pekerja di premis itu turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar