Telemovie Biah Sport Skrin Di 9

Sinopsis Biah Sport

Mengisahkan Biah yang diberi gelaran Biah Sport kerana gemar mengenakan kasut sukan mahupun berbaju kurung. Biah seorang yang sentiasa positif dan hidup tanpa menghiraukan komen yang dilemparkan terhadap dirinya.

Biah

Biah menyimpan keinginan untuk menjadi chef pastri. Keinginan Biah untuk mengikuti pengajian di pusat latihan seni masakan mendapat cabaran kerana dia dibenci oleh Encik Radzi, pengelola pusat tersebut.

Namun Biah kini mempunyai azam baru dan mula berubah apabila mengenali seorang lelaki Cina yang bernama Alex yang yang tinggal bersama pak ciknya di kampung setelah kematian ibu bapanya.

Keunikan dan ketulusan Biah membuatkan Alex tertarik dan berkawan dengannya. Keakraban Biah dan Darren menimbulkan rasa kurang senang pada Faiz, rakan Biah sejak kecil yang dalam diam telah menaruh hati padanya.

Tarikh: 8 Februari 2016, Isnin 8.30 malam TV9
Pengarah: Zamri
Terbitan: Timore Niaga Sdn Bhd
Pelakon: Dayana Roza, Sean Lee, Harris Alif, Dato Jamali Shadad

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar