Drama Bodyguard di Slot Aksi TV3

Sinopsis Drama Bodyguard

Drama bersiri Bodyguard mengisahkan Fariz lakonan Fattah Amin, Rayyan (Azrel Ismail), Daniel (Idris Khan) dan Rahul (Lan Siro) bekerja di bawah agensi pengawal peribadi milik Natasha (Farahdhiya). Fariz menjalin hubungan cinta dengan majikan mereka tanpa pengetahuan rakan lain.

cover bodyguard tv3

Dalam diam, Rayyan turut menyukai Natasha. Rayyan meminta bantuan Fariz untuk menambat hati majikannya itu dan bermulalah konflik antara mereka. Pun begitu, tugas sebagai pengawal keselamatan tetap berjalan seperti biasa apabila agensi itu menerima banyak permintaan pelanggan.

Setiap pelanggan datang dengan pelbagai masalah. Ia menjadikan tugas mereka lebih mencabar dari semasa ke semasa. Dalam satu kejadian, Rahul meninggal dunia akibat terkena tembakan. Tempatnya digantikan dengan Basri (Sabhi Saddi).

Tarikh: 2 Mac 2016 (Isnin-Rabu, 10.00 malam)
Jumlah Episod: 20
Pengarah: Nuad Haji Othman
Terbitan: A.Aida Production Sdn Bhd
Pelakon: Fattah Amin, Azrel Ismail, Lan Siro, Idris Khan, Sabhi Saddi, Faradhiya, Elya Miera, Wan Sharmila

Episod 1 hingga terkini

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar