Fafau Bersara, AG Ikhwan Liza ke stesen radio baru

Empat penyampai itu adalah Farah Fauzana Mohd Fadzil (Fara Fauzana), Muhammad Azmir Selamat (AG), Mohd Khairul Ikhwan Rosli (Ikhwan) dan Khairu Norliza Khairudin (Liza) berkuatkuasa 27 Februari ini.

AG Fafau Ikhwan Liza Seelan

AG dan Ikhwan yang sudah berkhidmat selama 10 tahun bersama Hot FM, akan memulakan tugas sebagai penyampai radio menerusi stesen baharu di bawah pengurusan Rangkaian Radio Media Prima bersama Liza.

Selepas 10 tahun bersama Hot FM, Fara Fauzana memutuskan untuk mengundur diri atas hasrat menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan. Fara juga merancang untuk menggunakan pengalamannya dalam bidang penyiaran untuk program kemasyarakatan.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar