Gambar Majlis Pernikahan Anzalna dan Hanif

Dengan sekali lafaz, pelakon drama Memori Cinta Suraya, Anzalna Nasir atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir sah bergelar isteri kepada Mohamad Hanif Mohamad Zaki dalam majlis akad nikah di sebuah hotel terkemuka di sini, sebentar tadi.

Pasangan ini dinikahkan bapa Anzalna, Prof Madya Dr Md Nasir Ibrahim. Pelakon kelahiran Pulau Pinang itu menerima mas kahwin RM1,000. Anzalna menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada Hanif. Perkahwinan mereka menyaksikan TV3 bertindak sebagai media penyiar rasmi.

Stesen terbabit menawarkan liputan eksklusif melalui beberapa programnya seperti Nasi Lemak Kopi O, Mahligai Cinta, Wanita Hari Ini, Nona dan Melodi. Pasangan ini sudah mengenali sejak lebih sedekad, namun hanya serius bercinta lima tahun lalu.

Mereka bakal diraikan dalam dua majlis resepsi masing-masing akan dilangsungkan pada 27 Februari dan 3 April ini. | BHarian






















Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar