Gambar Majlis Resepsi Akim dan Stacy

Majlis resepsi pasangan pengantin, Akim Ahmad, 25, dan Stacy, 26, berlangsung meriah dengan tema biru di Hotel Shangri La Tanjung Aru, di sini, malam ini.

Sejurus disambut dengan bacaan selawat, pasangan bintang Akademi Fantasia (AF) itu diraikan dengan persembahan pembukaan oleh teman rapat Akim Iaitu Hazama yang mendendangkan lagu Sampai Mati.

Stacy atau nama penuhnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam anggun menggayakan busana biru diraja rekaan Raffiey Nasir. Akim pula tampak segak dengan persalinan yang direka khas oleh Taufik Nong.

Rakan artis seperti Hafiz Suip, Marsha, Faizul Sany, Velvet, Rich Estranged dan ramai lagi turut hadir bagi meraikan pasangan merpati dua sejoli itu. Akim dan Stacy dinikahkan pada jam 10.15 pagi tadi. | BHarian

Lihat juga: Majlis Nikah Akim dan Stacy

Akim Stacy










+ comments + 1 comments

5 Februari 2016 9:30 PTG

Nampak tua lah Tacy tu..makeup mcm nmpak muka pondan..

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar