Model terbaru Proton Perdana Harga RM100-150k

Model terbaru Proton Perdana bakal ada di pasaran pada suku pertama tahun ini pada harga antara RM100,000 dan RM150,000 seunit. Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tempahan bagi model itu sudah dibuka untuk orang ramai, namun ia kini masih menjalani fasa ujian bagi memastikan model itu menjadi kereta lebih baik kepada orang ramai.

proton perdana baru
Sumber gambar: paultan.org

Menurutnya, PROTON memerlukan masa yang panjang untuk memasarkan model terbaru itu bagi membolehkan ia diuji sepenuhnya, sekali gus mengelakkan sebarang kerosakan seperti model sebelum ini iaitu Preve.

“Model ini bakal menawarkan harga lebih rendah dan kompetitif berbanding kereta import meskipun ia memiliki rekaan dan prestasi sama seperti jenama luar negara,” katanya pada sidang media selepas taklimat media PROTON di sini, semalam.


Pada majlis itu, PROTON turut memperkenalkan logo baru dan Pasukan Bantuan Kerosakan Bergerak yang menyediakan perkhidmatan bantuan 24 jam serta tujuh hari seminggu di seluruh negara membabitkan 24 pasukan sebagai permulaan dan penambahan kepada 64 pasukan akhir Mei depan.



PROTON memperuntukkan modal RM200 juta bagi pembangunan model Perdana baru itu di mana ia menggunakan platform sedan mewah Honda Accord seperti mana 3,000 model Proton Perdana edisi terdahulu yang digunakan oleh pegawai tinggi kerajaan kini. | HMetro

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar