Konsert Muzika Extravaganza Malaysia Singapura 6 Februari ini

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghiburkan penonton setia salurannya dengan tayangan Konsert “Muzika Ekstravaganza”, konsert itu menjadi medium penyatuan bagi memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Singapura khususnya berkaitan industri seni pada 6 Februari ini, pukul 2.00 petang di TV2.

Diterbitakan: Serena Mohd Salleh (RTM) dan Zulina Karim (Mediacorp).
Pengacara: Muaz Mohamed (Malaysia) dan Huda Ali (Singapura).

Artis Malaysia: Mawi, Nash, Black, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Soo Wincci, Mawi, RJ, Kumpulan Paladdin (Cello), Jeff, Apek dan Azrul.

Artis Singapura: Awi Rafael, Aliff Aziz, Sleeq, Maiya Rahman dan Daly Filsuf.


Konsert ini menyaksikan giliran Malaysia menjadi tuan rumah konsert kerjasama RTM (Malaysia) dan Mediacorp (Singapura) untuk kali ke-8 penganjurannya. Muzika Ekstravaganza merupakan pentas di mana artis Malaysia dan Singapura dapat bekerjasama, berkongsi idea dan memberi persembahan yang berbeza dan mengejutkan kepada penonton.

Dengan erti kata lain, Muzika Ekstravaganza dapat memberi persembahan secara gala dengan artis popular, muzik yang inovatif dan persembahan yang menakjubkan. Muzika Ekstravaganza bertemakan “Power Of Dream” (Kuasa Impian) ini dipilih sejajar dengan perkembangan rangkaian media sosial seperti Youtube, Twitter, Facebook dan lain – lain yang menjadi pasaran komoditi seni Malaysia dan Singapura mampu dipasarkan di platform yang luas.


Konsert kali ini lebih menonjolkan artis – artis muda yang berjaya dengan berbekalkan semangat dan impian mereka dalam industri seni tanahair. Selain artis yang muncul daripada rancangan realiti TV, Muzika Ekstravaganza kali ini juga menampilkan artis – artis popular yang berjaya memalui landasan media baharu yang tiada sempadan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui RTM mobile muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar