Pesawat TUDM terhempas di Kuala Selangor

Juruterbang pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 berpangkat Mejar disahkan patah tangan dan dirawat di Hospital Tanjung Karang sebelum dihantar ke Pangkalan TUDM Subang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, semua mangsa kini sudah dibawa keluar dan dihantar ke Pangkalan TUDM Subang.

"Pesawat terbabit sedang menjalani latihan sebelum mendarat cemas di kawasan laut kerana mengalami masalah kerosakan di bahagian enjin.

"Semua anak kapal diselamatkan nelayan tempatan yang berada di lokasi kejadian. Sehingga sekarang keadaan di tempat kejadian terkawal," katanya.

Menurutnya, selain juruterbang terdapat seorang anggota pegawai wanita di dalam pesawat berkenaan.

Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, pesawat itu yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang mendarat cemas berhampiran pantai Kuala Selangor.

Namun, seorang nelayan lemas dipercayai terperangkap di dalam lumpur ketika cuba menyelamatkan anak kapal.

Senarai nama juruterbang dan anak kapal CN235
1. Mejar Mohd Azri Yacob (anak kapal)
2. Mejar Muhamed Agizan Jaafar (Juruterbang)
3. Mejar Ahmad Syazwan Mohamed (Juruterbang)
4. Kapten Mohd Nurul Azmie Rofdi (Pembantu juruterbang)
5. Leftenan Meor Ahmad Wahab (Pembantu juruterbang)
6. Pegawai Waran Udara II Muhd Shyfull Neezam bin Abdul Manan (anak kapal)
7. Sarjan Udara David Tonge (anak kapal)
8. Sarjan Udara Suhaila Pathil (anak kapal)



Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar