Akademi Silat Pendekar Muda TV Alhijrah

Akademi Silat merupakan sebuah program realiti yang julung kali dianjurkan untuk menarik minat generasi muda mempelajari seni silat yang berteraskan Islam.

Pendekar

Silat amat penting untuk latihan rohani di samping melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih sihat dan cergas. Selain itu, program ini juga diharap dapat memperkenalkan dan mengekalkan budaya warisan bangsa.

Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Akademi Silat setiap hari Rabu 8.30 malam di TV Alhijrah.

Episod terkini

Lagu Tema Akademi Silat

Langkah Pendekar - Daqmie
Lirik: Muhammad Nurazmi


Langkah pendekar
Langkah ini penuh budi
Pasak bumi penuh jati
menginjak kaki teguh berdiri
Namun tunduk resam resmi padi

Walaupun terik sinar mentari
titis keringat basahi bumi
Tidak seinci iman berlari
Maju mara lagi tekad dan pasti

Di sini wadah kami berguru dalam harmoni
Jiwa pendekar kami susun terpatri di hati
Langkah silat kami susun diberi seni

Langkah pendekar
Seni bela diri warisan ini
Menjadi jati diri meresap di sanubari
Gagah waja diri identiti kami

Menyemai benih bakti pertahan ibu pertiwi
Bagai halilintar tangkas ke depan
Dan tiada gentar semangat pahlawan
Seni pencak silat melahir langkah pendekar


10 Peserta Akademi Silat











Catat Ulasan

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar